Langkau ke kandungan utama

1.Jenis-jenis kemalangan yang sering berlaku semasa melakukan pemasangan perkakasan komputer


Kejutan Elektrik 


  • Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.
  • Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan   dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).



Kebakaran Elektrik 


  • Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
  • Lebihan beban aliran kuasa
  • Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
  • Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
  • Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.



Kecederaan Disebabkan Peralatan


  • Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
  • Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer
  • Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
  • Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.



2.Cas Elektrostatik



  • Terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat.
  • Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah.
  • Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan dan boleh mnyebabkan kerosakan pada komponen elektronik.





3.Kaedah Pencegahan Cas Elektrostatik


Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan menggunakan ESD tali pergelangan tangan , pembumian tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh lain seperti beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai antistatik.


Esd Tali Pergelangan Tangan



  • Juga di sebut tali antistatic, ia adalah gelang yang dipakai dipergelangan tangan yang mempunyai wayar yang bersambung antara gelang dan klip untuk dikepilkan pada computer.
  • ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif dan boleh merosakkan peranti terbabit.




Esd Pembumian Tikar/Mat



Juga dikenali sebagai tikar antistatic, tikar meja atau tikar lantai berfungsi mengurangkan risiko terkena renjatan cas elektrostatik semasa bekerja pada computer atau peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik.




Beg Antistatik


  • Antistatik beg merupakan sejenis beg khas yang dihasilkan bagi mengelakkan kehadiran cas elektrostatik didalamnya.
  • Digunakan untuk meletakkan peranti yang sensitif dan mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.



Semburan Antistatik


  • Penyembur antistatic adalah sejenis penyembur cecair yang digunakan untuk menghilangkan cas elektrostatik dan menghalang dari cas tersebut terhasil.



  • Hanya sebahagian perkakasan sahaja yang boleh digunakan.



4.Jenis Peralatan & Fungsi Peralatan Yang Digunakan Di Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer



A) ESD (Electro Static Discharge)


Electro Static Discharge atau sering disebut dengan ESD berlaku kerana adanya pemindahan arus (charge transfer) dari satu benda ke benda lain. Contact (Penyentuhan) dan Separation (pemisahan) adalah penyebab terjadinya pemindahan arus (charge) tersebut.
B) PEMUTAR SKRU


  • Peralatan utama dalam proses memasang dan meleraikan perkakasan komputer. 
  • Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+). 
  • Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai digunakan bagi pemasangan komputer riba (laptop). Ini kerana skru yang digunakan adalah kecil dan berkedudukan yang sukar serta sempit.


C) PLAYAR MUNCUNG TIRUS


  • Digunakan bagi mencapai kabel atau skru pada kedudukan yang sukar dicapai. 
  • Bentuk muncung yang runcing memudahkan ia mencapai pada celahan dalam komputer dan laptop. 
  • Juga boleh digunakan bagi mengikat kabel atau menanggalkan perkakasan yang sukar dilakukan dengan tangan.


D) PENYEPIT


  • Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’ pada papan induk dan cakera keras. 
  • Mencapai komponen yang kecil dalam komputer. 
  • Mengelakkan komponen rosak akibat dari tangan pengguna yang basah.




5.Masalah Yang Biasa Terjadi Ketika Pemasangan Komputer


A) Komputer Tidak Menyala

Masalah Gangguan Bekalan Kuasa

Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Cara Penyelesaian

Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.

B) Kegagalan Proses Boot

Masalah Tidak Dapat Masuk Windows

Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Cara Penyelesaian

Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah isu start-up tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer  merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti ( device ). Istilah  perkakasan  atau  peranti  merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian ( software ) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan ( hardware ) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar ( firmware ). Perisian tegar ialah perisian yang di pasang  ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM). Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas...

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN MUHAMMAD NAJMI BIN NORMAN A16STM17F032 NUR HAFIZAH BINTI HANAFI A16STM17F035 MUHAMMAD IKMAL BIN ABDOL HAMID A16STM17F030